Strider Bike Murah – Harga Strider Bike Di Malaysia

Strider bike murah? Berapakah harga strider bike di Malaysia?

Anda sampai di laman ini tentunya kerana anda berminat untuk mendapatkan push bike yang paling popular di dunia iaitu Strider.

Sebelum anda meneruskan bacaan, sila jawab soalan mudah di bawah ini.

Mengapa harus anda membeli @ mendapatkan strider bike murah?

Mengapa tidak dapatkan push bike yang lebih baik pada harga yang lebih murah?

 

Berapa Harga Strider Bike Di Malaysia

Melalui kajian kami, harga balance bike berjenama Strider di Malaysia mencecah harga ribuan ringgit.

Secara jujur, harga strider bike adalah sangat mahal dan ia menjadi satu faktor yang akan menghalang ibu bapa untuk mendapatkannya untuk si manja.

Kami juga seperti anda, ibu bapa yang mempunyai anak kecil yang sentiasa inginkan yang terbaik untuk anak anak.

Kami akui keberkesanan dan kebaikan balance bike untuk anak anak.

Namun, untuk mengeluarkan sejumlah wang yang banyak semata mata untuk mendapatkan strider balance bike ini adalah sangat membebankan.

Ini hanyalah pendapat kami, jika anda mempunyai wang lebihan @ tidak mempunyai masalah membelanjakan wang yang banyak untuk mendapatkan Strider, teruskan saja niat anda.

 

Baca juga –> Apakah Sebenarnya Balance Bike @ Push Bike

 

Lihat harga strider bike di bawah.

Berikut adalah harga strider bike disalah sebuah laman web marketplace terkenal di Malaysia.

Harga Strider Bike

 

Berikut pula adalah harga strider bike yang kami temui di laman web iPrice.

Strider Bike Murah

Anda boleh melihat sendiri harga Strider bike pada dua imej di atas.

 

Mungkin anda juga seperti kami, inginkan sebuah push bike untuk si kecil anda tetapi tidak mahu mengeluarkan wang banyak.

Apakah terdapat pilihan lain yang lebih baik? Strider bike murah mungkin?

Teruskan bacaan.

 

Strider Bike Murah

Seperti yang telah kami jelaskan di atas, harga balance bike jenama Strider adalah agak mahal bagi sesetengah ibu bapa.

Andainya anda ingin meneruskan hasrat mendapatkan balance bike untuk anak anda, apakah jalan terbaik?

Cari dan beli strider bike murah?

Mungkin ini salah satu penyelesaian tetapi adakah strider murah berbaloi?

Memang terdapat strider bike murah di pasaran tetapi harus di ingat bahawa strider murah ini kebiasaannya  adalah strider tiruan atau fake.

Jika anda terjumpa balance bike berjenama strider yang dijual murah, kami 100% sangat yakin ianya tiruan.

Lihat imej di bawah, komen dari pembeli yang terkena atau klik link ini untuk ke laman web yang kami maksudkan.

Strider Tiruan

Banyak masalah yang akan timbul kemudian hari jika anda membeli strider murah @ strider tiruan.

Tanya diri anda yang mana lebih penting, jenama atau manfaat balance bike itu sendiri.

Jika anda lebih mementingkan jenama berbanding kualiti atau manfaat, mungkin mendapatkan strider bike murah tiruan adalah penyelesaian jangka pendek untuk anda.

Tetapi..

Jika anda mahukan kepuasan dari setiap sen yang anda laburkan..

Jika anda mahukan yang terbaik untuk si manja anda..

Ada jenama lain yang lebih baik dari Strider.

 

Balance Bike Selain Strider

Strider hanyalah merupakan satu jenama terbesar atau jenama paling popular bagi balance bike.

Tetapi itu tidak bermakna anda wajib mendapatkannya.

Terdapat banyak lagi jenama jenama lain yang mengeluarkan push bike @ balance bike yang lebih hebat, lebih inovasi dan lebih mahal.

Berikut adalah sebahagian jenama push bike yang terdapat di seluruh dunia.

 

1. Cruzee

Pushbike paling ringan, hanya 1.9 kg. Menggunakan kerangka alumunium alloy yang ringan, kuat & anti karat sebagai bahan utama.

 

2. Bike 8

 

3. Frog Bike

 

4. Kokua

 

5. Girasol

 

6. Woom

Kesemua jenama di atas menampilkan reka bentuk pushbike yang lebih dinamik namun seperti strider, harga setiap balance bike di atas adalah sangat mahal dan mencecah ribuan ringgit.

Yang mana pilihan anda?

Adakah masih dengan Strider? Atau lebih berminat dengan jenama lain yang lebih wow?

Berikut adalah pilihan terbaik untuk anda!

 

Dobilog Balance Bike

Lupakan hasrat anda untuk mencari strider murah kerana terdapat pilihan yang jauh lebih baik dan berbaloi.

Dobilog bukanlah satu jenama besar dan tidak terkenal.

Harganya pula yang jauh lebih murah berbanding jenama-jenama besar lain.

Namun begitu, feature yang terdapat pada pushbike ini jauh lebih baik berbanding kebanyakan jenama lain.

Dobilog seperti juga Cruzee, menggunakan alumunium alloy sebagai bahan utama.

Ianya sangat ringan, anti karat dan kuat.

Beratnya pula hanya 1.9 kg, si manja anda mampu mengangkatnya tanpa bantuan anda.

 

Dobilog Balance Bike

 

Kelebihan Push Bike Dobilog

Kerangka Alumunium
Menggunakan kerangka alumunium alloy yang ringan, kuat & anti karat.
Welding
Rangka alloy aluminium yang dikimpal kuat dan dilengkapi dengan footrest.

Saddle
Tempat duduk yang lembut dan direka secara ergonomik menjaga postur tubuh dan membolehkan si manja anda bermain berjam-jam dengan selesa.