Balance Bike, Roda Tiga & Training Wheel – Yang Mana Terbaik?

Balance Bike, Roda Tiga & Training Wheel – Yang Mana Terbaik?

by Admin March 14, 2018
Balance Bike vs Training Wheel

Ibu bapa sering keliru antara balance bike @ pushbike, roda tiga dan training wheel. Baca artikel ini untuk mengetahui perbezaan di antara ketiga-tiga kelas basikal ini dan mengapa balance bike adalah pilihan terbaik.

Zaman kanak-kanak adalah zaman kegembiraan, berseronok & bermain.

Namun, ia juga merupakan satu fasa penting di mana anak-anak anda perlu belajar dan mempelajari banyak perkara yang berbeza.

Salah satu antaranya adalah belajar menunggang basikal.

Sedar atau tidak, sebagai ibu bapa semestinya anda setuju jika dikatakan bahawa belajar menunggang basikal merupakan satu tradisi yang wajib dilalui oleh anak anda.

Menunggang basikal adalah perkara wajib dilalui pada zaman kanak-kanak.

Mengapa?

Kerana menunggang basikal adalah satu sistem pembelajaran kompleks yang memerlukan kemahiran imbangan dan kemudi tetapi pada masa yang sama mengujakan dan menyeronokkan.

Persoalannya, apakah cara terbaik mengajar si kecil anda menunggang basikal?

Adakah dengan bermula dengan tricycle ( roda tiga ), training wheel atau balance bike?

 

Perbezaan Roda Tiga, Training Wheel & Balance Bike

Anda mungkin berada di dalam dilema sama ada ingin memilih di antara basikal roda tiga atau balance bike.

Atau mungkin training wheel.

Sebelum anda membuat pilihan, mari kita lihat apakah perbezaan ketiga-tiga jenis basikal ini.

Pilihan anda sangat penting kerana ia akan menentukan cepat atau lambat perkembangan si manja anda.

 

1. Roda Tiga @ Tricycle @ Trike

Tricycle @ Roda Tiga

Basikal roda tiga, seperti namanya, adalah basikal yang mempunyai tiga roda.

Ada juga yang memanggilnya ‘trike’ dan ‘tricycle’.

Ia datang dalam pelbagai bentuk dan saiz dan boleh ditunggang oleh kanak-kanak seawal umur 18 bulan.

 

2. Training Wheels

Training Wheels

Training wheels kebiasaannya digunakan ketika kanak-kanak berusia 4-5 tahun.

Ia hanyalah roda kecil yang diletakkan di bahagian belakang basikal untuk membantu memberikan kestabilan.

 

3. Balance Bike @ Pushbike @ Run Bike

Balance Bike Malaysia

Balance bike adalah basikal dua roda tanpa pedal kaki dan tanpa rantai.

Anak anda akan mengerakkan basikal ini dengan menolaknya menggunakan kaki yang mana ianya akan membantu menguatkan otot-otot kaki dan koordinasi.

Anak anda akan belajar untuk balance @ mengimbangi basikal ini sambil menolaknya.

Ianya selamat dan sangat sesuai walaupun si manja anda baru berusia 18 bulan.

Pushbike @ balance bike memberi tumpuan kepada proses balance @ imbang, bukan mengayuh kerana mengayuh adalah satu proses yang sangat mudah.

 

Social Shares
Share
+1
Tweet
Pin