Apakah Sebenarnya Balance Bike @ Pushbike?

Balance bike adalah sebuah basikal yang direka secara ‘simple’ tanpa mempunyai pedal kaki, brek dan rantai.

Ia dikenali dengan pelbagai nama lain seperti pushbike, run bike, glide bike dan lain-lain.

Balance bike direka khas untuk kanak-kanak berusia seawal 18 bulan, tujuannya adalah untuk memberi anak anda peluang untuk belajar cara mengemudi dan mengimbangi ( steer & balance ) sebuah basikal tanpa pedal kaki.

Mengemudi dan mengimbangi sebuah basikal yang nampak sangat sukar dan kompleks kepada anak kecil anda menjadi suatu perkara yang mudah, santai dan menyeronokkan kepada anak anda dengan balance bike.

 

Langkah Pertama

Fokus utama balance bike adalah mengajar anak anda bagaimana untuk mengimbangi dan mengemudi sebuah basikal secara semulajadi dan step-by-step.

Tanpa pedal kaki, anak anda akan belajar seni untuk mengimbangi sebuah basikal dengan hanya duduk di pelana.

Pada peringkat awal anak anda akan bergerak menggunakan kedua-dua belah kaki.

Kemudian, si kecil anda akan mula mengangkat sebelah kakinya.

Lama kelamaan, si cilik anda dengan yakin akan mengangkat kedua belah kaki sambil menggerakkan balance bike.

Ketika itu anda tahu bahawa anak anda telah pun belajar cara untuk mengemudi & mengimbangi basikal tanpa anda sedar.

 

Langkah Kedua

Setelah anak anda menguasai cara untuk steer & balance, menaiki basikal dengan pedal akan menjadi perkara yang sangat mudah bagi mereka.

Kanak-kanak yang diberikan balance bike seawal usia 2 tahun akan dapat mengemudi dan mengimbangi sebuah basikal dengan baik pada umur 3½ hingga 4½ tahun.

Balance bike bukan sekadar basikal tanpa pedal.

Ia akan melatih dan membangunkan koordinasi, imbangan dan keyakinan si manja anda.